Oleh: Nirmala, Rosmariyani, Indo Upe dan Andi Alfian (Mahasiswa Jurusan Matematika Fak. Sains dan Teknologi UIN Alauddin Makassar)
Sains muslim
pada abad pertengahan
Dalam sejarah
sains, sains Islam merujuk kepada sains yang dikembangkan dalam lingkungan
tamadun Islam di antara abad ke-8 dan ke-16, sewaktu apa yang disebut sebagai
Zaman kegemilangan Islam. Ia juga dikenali sebagai “ sains Arab ” karena
kebanyakan teks pada zaman itu di tulis dalam bahasa Arab, bahasa yanbg menjadi
lingua franca tamadun Islam. Namun,
bukan semua ahli sains pada zaman itu Muslim atau Arab.sebilangan ahli sains
terkemuka yang menyumbang kepada sains dalam tamadun Islam bukan berketurunan
Arab (yang paling terkemuka ialah orang Parsi), dan ada juga ahli sains yang
bukan Muslim.
Ada beberapa
pandangan berlainan di kalangan sejarawan sains berkaitan sains islam.
Pandangan traditional, contohnya pandangan yang dipegang Bertrand Russell,
memegang bahwa sains Islam, sementara mengkagumkan dalam banyak cara,
berkurangan tenaga intelek yang diperlukan untuk membuat inovasi, dan nilai
utamanya ialah sebagai penyimpan ilmu kuno dan pengirim kepada Eropah Zaman
Pertengahan. Para pengulang kaji seperti Abdus Salam dan George Saliba, pula
berpegang bahwa suatu Revolusi Saintifik
Islam muncul sewaktu Zaman Pertengahan, satu ungkapan yang digunakan para
sarjana seperti Donald Routledge Hill dan Ahmad Y Hassan untuk menyatakan
pandangan bahwa Islam merupakan daya pendorong pencapaian orang Islam.
Robert
Briffault, seorang sezaman dengan Russell, pula melihat sains Islam sebagai pengasas
sains modern. Pandangan pengajian terkini seperti ditonjolkan Toby E.Huff, Will
Durant, Fielding H. Garrison, Muhammad Iqbal Hossein Nasr dan Bernard Lewis,
ialah para ahli sains Islam menyumbang kepada pengasasan sains bereksprerimen
melalui sumbangan mereka kaedah saintifik serta pendekatan empirik,
bereksperimen dan kuantitatif yang dibawa kepada penyelidikan, maupun usaha
mereka tidak boleh dikatakan suatu revolusi sains, seperti yang telah berlaku
pada zaman awal Eropah modern yang membawa kepada kemunculan sains modern,
melainkan Kitab Optik karya Ibn
Al-Haitham yang dianggap ramai sebagai satu revolusi dalam bidang optic dan
persepsi penglihatan.
1.
Peneliti
Islam pada Abad Pertengahan
Sewaktu
penaklukan awal Islam, tentara Arab Muslim, yang pada asasnya dipimpim oleh
Khalid ibn al-Walid, menakluki Empayar Parsi Sassanid dan lebih dari setengah
Empayar Byzantine, dan melanjutkan Kekhilafahan Arab sepanjang Timur Tengah, Asia
Tengah, dan Afrika Utara, diikuti pengembangan selanjutnya di sepanjang
Pakistan, Itali selatan dan Semenanjung Iberia yang dikenal dengan Khilafah Islamiyah. Oleh sebab itu,
khilafah Islam mewarisi ilmu dan kemahiran Timur Tengah silam, Greece,
Parsi dan India.
Seni pembuatan
kertas diperoleh dari pada bantuan China
dalam Pertempuran Talas (751 M), dan ini membawa kepada pembinaan kincir kertas
di Samarkanddan Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik-teknik China dengan
menggunakan kain buruk linen yang diperbuat dari pada kulit kayu kertau
(mulberi).
Ahli Sains Arab
dan ahli sains Iran tinggal dan mengamalkan ilmu masing-masinh di tanah jajahan
Islam sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, walaupun bukan semua ahli sains dalam
peradaban Islam berbangsa Arab atau beragama Islam. Sesetengah sarjana membantah
penggunaann istilah “Arab-Islam” karena dirasakan istilah itu tidak menggambarkan para sarjana Timur yanmg telah menyumbang kepada sains pada zaman
itu.
Sewaktu Zaman
Kegemilangan Islam, para sarjana Islam membuat pengembangan penting kepada
sains, matematik, ilmu falak, kejuruteraan, dan bidang-bidang lain. Sewaktu
ini, falsafah Islam awal berkembang dan sering memainkan peranan pangsi dalam
perdebatan saintifik tokoh-tokoh utama, biasanya ahli sains dan ahli falsafah.
Bilangan karya
penting dan asli Arab yang ditulis dalam bidang sains matematik adalah lebih
besar dari pada jumlah gabungan karya Bahasa Latin dan Bahasa Yunani dalam
bidang yang sama.
2.
Institusi
saintifik
Terdapat
beberapa institusi penting tidak wujud pada zaman kuno diasaskan dalam dunia
Islam Zaman Pertengahan: contoh-contoh utama termasuklah hospital awam (yang
menggantikan kuil penyembuhan dan kuil tidur) dan hospital psikiatri, Perpustakaan
awam dan perpustakaan pinjaman, universiti yang mengurniakan ijazah, dan balai
cerap ilmu falak yang berfungsi sebagai institute penyelidikan (berlainan
dengan pos pemerhatian pribadi yang terdapat dalam zaman kuno), dan waqaf.
3.
Kemerosotan
Dipercayai sains
Islam mula merosot pada abad ke-12 dan ke-13. Walaupun tamadun Islam pada masa
itu masih menghasilkan ahli sains, hakikat ini lebih pengecualian dari pada
kebiasaan. Namun, maupun zaman ini disebut “ zaman kemerosotan” sains Islam,
dari segi ilmu falak, ia sebenarnya zaman yang amat berdaya keluarannya di mana
teori-teori ilmu falak yang bermutu tinggi dihasilkan. Karya Ibn al-Shatir
(1304-1375 M) di Damsyik menjadi contoh yang menarik. Keadaan demikian juga
terdapat dalam bidang-bidang lain seperti perubatan dengan karya-karya Ibn
al-Nafis dan Serafeddin Sabuncuoglu, dan sains social dengan Ibnu Khaldun dan Muqaddimahnya (1370 M).
Satu faktor yang diutarakan sebagai penyebab kemerosotan
ini ialah cabaran terhadap teologi rasional Muktazilah oleh teologi ortodoks
Ash’ari seperti yang ditonjolkan dalam kitab Tahafut al-falasifa ( Ketakpaduan Ahli Falsafah ) hasil penulisan
Imam Al-Ghazali. Tafsiran ini diutarakan Ignaz Goldziher, ahli Orientalis
Yahudi dari Hungary yang memercayai bahwa terdapat penentangan di antara
teologi ortodoks dengan sains yang dipengaruhi adat serta pemikiran Yunani.
Namun, kesarjanaan baharu mencabar pandangan tradisional ini. Beberapa sarjana
menunjukkan bahwa aliran teologi Ash’ari sebenarnya menyokong sains dan hanya
membangkang falsafah spekulatif, dan beberapa ahli sains agung Islam penganut
teologi Ash’ari.
Satu lagi faktor
yang dikemukakan sebagai penyebab sains Islam ialah kitaran ekuiti (kitaran
kesaksamaan) berdasarkan model masyhur Asabiyyah (kebangkitan dan kemerosotan
tamadun) Ibnu Khaldun yang menyatakan bahwa kemerosotan itu ekoran kesan
ekonomi dan politik dan bukan agama.
4.
Kaedah
saintifik
Kaedah-kaedah
awal ujikali dibangunkan oleh Jabir (bagi kimia), Imam Al-Bukhari (bagi sejarah
dan sains hadith), Al-Kindi (bagi Sains Bumi), Ibnu Sina (bagi perubatan),
Al-Biruni (bagi ilmu falak dan mekanik), Ibn Zuhr (bagi pembedahan), dan Ibnu
Khaldun (bagi sains social). Pengubahan terpenting kaedah sains, yakni
penggunaan ujikali dan pengkuantitian untuk membedakan teori-teori saintifik
yang secara aman empiric tetapi berrsaing, diperkenalkan oleh ahli sains Islam.
Kaedah saintifik
Ibn Al-Haithum sama dengan kaedah saintifik modern dengan arti kata kedua-dua
mengandung prosedur-prosedur berikut:
1.
Pemerhatian
2.
Pernyataan masalah
3.
Perumusan hipotesis
4.
Pengujian hipotesis
dengan ujikali
5.
Kajian hasil ujikali
6.
Tafsiran data dan
perumusan kesimpulan
7.
Penerbitan hasil kajian
5.
Sains
pertanian
Pada waktu
Revolusi Pertanian Islam para ahli sains membuat kemajuan besar dalam bidang
botani dan meletakkan asas sains pertanian. Ahli botani dan pertanian Islam
mempamerkan pengetahuan agronomi, teknik pertanian dan ekonomi termaju dalam
bidang-bidang seperti meteorology, kaji iklim, hidrologi, penggunaan tanah, dan
ekonomi serta pengurusan pengusahaan pertanian. Mereka menunjukkan pengetahuan
pertanian dalam bidang-bidang seperti pedologi tanah (kajian saintifik tentang
pembentukan, ciri, dan penggunaan tanah), ekologi pertanian, pengairan,
persiapan tanah, penamaan, pembajaan, pencantuman, pemangkasan, fitoterapi,
penjagaan dan pemeliharaan kultur dan
tumbuhan, dan penuaian serta pengstoran tanaman.
Al-Dinawari
(828-896 M) dianggap pengasas botani Arab karena di dalam bukunya Kitab Tumbuhan, beliau menggambarkan
sekurang-kurangnya 637 jenis tumbuhan dan
membincangkan evolusi tumbuhan dari lahir sehingga kematian, menggambarkan
fasa ketumbuhan tanaman dan fasa bunga serta buah.
Pada kurun
ke-13, ahli biologi Al-Andalus Abu Al-Abbas Al-Nabati membangunkan kaedah
saintifik awal bagi botani, dengan memperkenalkan teknik empiric dan
bereksperimen dalam pengujian, penggambaran dan pengenalan pelbagai materi medika,
serta mengasingkan laporan yang tidak ditentukan sahkan dari pada laporan yang
disokong ujian dan pemerhatian. Muridnya Ibn Al-Baitar menerbitkan Kitab al-Jamifi al-Adwiya al-Mufrada,
yang dianggap himpunan botani terhebat dalam sejarah, dan merupakan bahan
rujukan botani untuk waktu berkurun-kurun lamanya. Ia mengandung butiran
berkenaan sekurang-kurangnya 1,400 jenis. 300 dari pada bahan yang terkandung
di dalam kitab itu merupakan penemuannya sendiri. Karya Ibn Al-Baitar
berpengaruh di Eropah selepas terjemahnya ke dalam Latin dalam tahun 1758 M.
6.
Kedokteran
Para pakar
kedokteran Islam membuat banyak kemajuan serta sumbangan dalam bidang-bidang perubatan, termasuk
anatomi, patologi, oftalmologi, sains-sains farmaseutik termasuk farmasi dan
farmakologi, fisiologi dan pembedahan.
Pada tahun 1021
M, Ibn al-Haitham (Alhazen) membuat
kemajuan penting dalam pembedahan mata, semasa beliau mengkaji dan dengan
tepatnya menjelaskan jujukan penglihatan dan persepsi penglihatan buat kali
pertamanya dalam buku beliau, Kitab Optik
(c. 1021 M).
Pada tahun 1242,
Ibn al-Nafis, yang dianggap pelopor fisiologi kardiovaskular merupakan yang
pertama menggambarkan system edaran pulmonary dan edaran koronari, yang menjadi
asas system peredaran (system darah, pembuluh darah, limfa, dan jantung yang
berkaitan dengan peredaran darah dan limfa); karena juga menggambarkan konsep
terawal berkaitan metabolism, dan membangunkan atur cara fisiologi dan
psikologi baharu membagi menggantikan system Ibnu Sina dan Galen, disamping
menyangkal teori mereka tentang [humor], Denyutan, tulang, otot, usus, organ
deria, empedu kanal, esophagus, perut, dan lain-lain.
Ibn al-Lubudi
(1210-1267 M) menolak teori Empat Humor yang disokong Galen dan Hippocrates,
menemukan hakikat bahwa tubuh dan pemeliharaannya bergantung secara eksklusif
pada darah, menolak idea Galen bahwa wanita dapat mengeluarkan sperma, dan
menemukan bahwa pergerakan arteri tidak bergantung pada pergerakan
jantung, bahwa jantung ialah organ pertama
yang terbentuk di dalam tubuh janin (dan bukannya otak seperti dikatakan
Hippocrates), dan tulang yang membentuk tengkorak dapat menjadi tumor.
Pembaharuan-pembaharuan
perubatan lain yang asalnya dengan ahli perubatan Islam termasuk penemuan
system imun, penggunaan ujian terhadap binatang, dan pemaduan perubatan dengan
sains-sains lain (pertanian, botani, kimia, dan farmakologi), disamping perekaan
picagari Suntikan (perubatan) oleh Ammar ibn Ali al-Mawsili di Iraq dalam abad
ke-9, farmasi di Baghdad (754 M), perbedaan antara perubatan dengan farmasi
pada ke-12, dan penemuan sekurang-kurangnya 2,000 bahan perubatan dan kimia.
Kemajuan Sains dalam Sejarah Islam
Awal kemunculan dan perkembangan
sains di dunia Islam tidak dapat dipisahkan dari sejarah ekspansi Islam itu
sendiri. Dalam tempo lebih kurang 25 tahun setelah wafatnya Nabi Muhammad saw
(632 M), kaum Muslim telah berhasil menaklukkan seluruh jazirah Arabia dari
selatan hingga utara. Ekspansi dakwah yang diistilahkan ‘pembukaan
negeri-negeri’ (futuh al-buldan) itu berlangsung pesat tak terbendung.
Bagai diterpa gelombang tsunami, satu persatu, kerajaan demi kerajaan dan kota
demi kota berhasil ditaklukkan. Maka tak sampai satu abad, pada 750 M, wilayah
Islam telah meliputi hampir seluruh luas jajahan Alexander the Great di Asia
(Kaukasus) dan Afrika Utara (Libya, Tunisia, Aljazair, dan Marokko), mencakup
Mesopotamia (Iraq), Syria, Palestina, Persia (Iran), Mesir, plus semenanjung
Iberia (Spanyol dan Portugis) dan India.
Pelebaran sayap dakwah Islam ini
tentu bukan tanpa konsekuensi. Seiring dengan terjadinya konversi massal dari
agama asal atau kepercayaan lokal kedalam Islam, terjadi pula penyerapan
terhadap tradisi budaya dan peradaban setempat. Proses interaksi yang
berlangsung alami namun intensif ini tidak lain dan tidak bukan adalah gerakan
“islamisasi” (ada juga yang lebih suka menyebutnya sebagai naturalisasi,
integralisasi, atau assimilasi), dimana unsur-unsur dan nilai-nilai masyarakat
lokal ditampung, ditampih dan disaring dulu sebelum kemudian diserap. Hal-hal
yang positif dan sejalan dengan Islam dipertahankan, dilestarikan dan
dikembangkan, sementara elemen-elemen yang tidak sesuai dengan kerangka dasar
ajaran Islam ditolak dan dibuang.
Dalam proses interaksi tersebut,
kaum Muslim pun terdorong untuk mempelajari dan memahami tradisi intelektual
negeri-negeri yang ditaklukkannya. Ini dimulai dengan penerjemahan karya-karya
ilmiah dari bahasa Yunani (Greek) dan Suryani (Syriac) ke dalam bahasa Arab
pada zaman pemerintahan Bani Umayyah yang berpusat di Damaskus, Syria.
Pelaksananya adalah para cendekiawan dan paderi yang juga dipercaya sebagai
pegawai pemerintahan. Akselerasi terjadi setelah tahun 750 M, menyusul
berdirinya Daulat Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad. Khalifah al-Ma’mūn (w.
833 M) mendirikan sebuah pusat kajian dan perpustakaan yang dinamakan Bayt
al-Hikmah. Menjelang akhir abad ke-9 Masehi, hampir seluruh korpus saintifik
Yunani telah berhasil diterjemahkan, meliputi berbagai bidang ilmu pengetahuan,
dari kedokteran, matematika, astronomi, fisika, hingga filsafat, astrologi dan
alchemy. Muncullah orang-orang seperti Abu Bakr al-Razi (Rhazes), Jabir ibn
Hayyan (Geber), al-Khawarizmi (Algorithm), Ibn Sina (Avicenna) dan masih banyak
sederetan nama besar lainnya.
Kegemilangan itu berlangsung sekitar
lima abad lamanya, ditandai dengan produktifitas yang tinggi dan orisinalitas
luar biasa. Sebagai ilustrasi, al-Battani (w. 929) mengoreksi dan memperbaiki
sistem astronomi Ptolemy, mengamati mengkaji pergerakan matahari dan bulan,
membuat kalkulasi baru, mendesain katalog bintang, merancang pembuatan pelbagai
instrumen observasi, termasuk desain jam matahari (sundial) dan alat
ukur mural quadrant. Seperti buku-buku lainnya, karya al-Battani pun
diterjemahkan ke bahasa Latin, yaitu De scientia stellarum, yang dipakai
sebagai salah satu bahan rujukan oleh Kepler dan Copernicus. Kritik terhadap
teori-teori Ptolemy juga telah dilontarkan oleh Ibn Rusyd (w. 1198) dan
al-Bitruji (w. 1190). Dalam bidang fisika, Ibn Bajjah (w. 1138) mengantisipasi
Galileo dengan kritiknya terhadap teori Aristoteles tentang daya gerak dan
kecepatan. Demikian pula dalam bidang-bidang lainnya. Bahkan dalam hal
teknologi, pada sekitar tahun 800an M di Andalusia (Spanyol), Ibn Firnas telah
merancang pembuatan alat untuk terbang mirip dengan rekayasa yang dibuat Roger
Bacon (w. 1292) dan belakangan dipopulerkan oleh Leonardo da Vinci (w. 1519).
Faktor Pemicu Kejayaan Sains
Melihat prestasi gemilang itu,
wajarlah jika kemudian muncul pertanyaan bagaimana semua itu dapat terjadi?
Jika dikaji dan ditelusuri dengan teliti, faktor-faktor yang telah memungkinkan
dan mendorong kemajuan sains di dunia Islam pada saat itu ada lima. Pertama,
berkat kesungguhan dalam mengimani mempraktekkan ajaran Islam sebagaimana
tertuang dalam al-Qur’an dan Sunnah itu lahirlah individu-individu unggul yang
pada gilirannya membentuk masyarakat madani Islami. Kedua, adanya motivasi agama.
Seperti kita ketahui, kitab suci al-Qur’an banyak berisi anjuran untuk menuntut
ilmu, membaca (iqra’), melakukan observasi, esplorasi, ekspedisi (siru
fil ardhi), dan berfikir ilmiah rasional.
Al-Qur’an juga mengecam keras sikap dogmatis atau taklid
buta. Begitu gencarnya ayat-ayat itu didengungkan, sehingga belajar atau
mencari ilmu pengetahuan diyakini sebagai kewajiban atas setiap individu
Muslim, dengan implikasi berdosalah mereka yang tidak melakukannya. Pada
dataran praktis, doktrin ini membawa dampak sangat positif. Ia mendorong dan
mempercepat terciptanya masyarakat ilmu (knowledge society) dan budaya
ilmu (knowledge culture), dua pilar utama setiap peradaban.
Ketiga adalah faktor sosial politik. Tumbuh dan
berkembangnya budaya ilmu dan tradisi ilmiah pada masa itu dimungkinkan antara
lain jika bukan terutama oleh kondisi masyarakat Islam yang, meskipun terdiri
dari bermacam-macam etnis (Arab, Parsi, Koptik, Berber, Turki, dan lain lain),
dengan latarbelakang bahasa dan budaya masing-masing, namun berhasil diikat
oleh tali persaudaraan Islam. Dengan demikian terwujudlah stabilitas, keamanan
dan persatuan. Para pencari ilmu maupun cendekiawan dengan leluasa dan aman
bepergian ke pusat-pusat pendidikan dan keilmuan, dari Seville ke Baghdad, dari
Samarkand ke Madinah, dari Isfahan ke Kairo, atau dari Yaman ke Damaskus. Ini
belum termasuk mereka yang menjelajahi seluruh pelosok dunia Islam semisal Ibn
ah (w. 1377).,ūt,Jubayr
(w. 1217) dan Ibn Bat
Ketiga adalah faktor ekonomi. Kesejahteraan masyarakat masa
itu membuka kesempatan bagi setiap orang untuk mengembangkan diri dan mencapai
apa yang diinginkannya. Imam ad-Dhahabī (w. 1348), misalnya, menuntut ilmu
hingga usia 20 tahun dengan biaya orangtuanya. Namun umumnya, pemerintah
mengalokasikan dana khusus untuk para penuntut ilmu. Di universitas dan
sekolah-sekolah tinggi seperti Nizamiyyah, Aziziyyah, Mustansiriyyah dan
sebagainya, baik staf pengajar maupun pelajar dijamin kehidupannya oleh badan
wakaf masing-masing, sehingga bisa konsentrasi penuh pada bidang dan karirnya
serta produktif menghasilkan karya-karya ilmiah. Dengan kemakmuran jugalah kaum
Muslim dahulu dapat membangun istana-istana yang megah,
perpustakaan-perpustakaan besar dan sejumlah rumah
sakit.
Faktor keempat yang tak kalah pentingnya adalah dukungan dan
perlindungan penguasa saat itu. Para saintis semisal Ibn Sina, Ibn Tufayl dan
at-Tusi berpindah dari satu tempat ke tempat lain, mengikuti patron-nya.
Mereka menjadi penasehat sultan, dokter istana, atau sekaligus pejabat (Ibn Sina
diangkat sebagai menteri oleh penguasa Hamadan waktu itu). Pentingnya patronase
ini dibenarkan oleh sejarawan Toby Huff (1993): The considerable freedom and
resources that certain outstanding philosophers and mathematicians had to
pursue their studies, however, was always contingent upon the official
protection of local rulers.
Kemunduran
Sains di Dunia Islam
Lantas mengapa perjalanan sains di
dunia Islam seolah-olah mendadak berhenti, mengapa cahaya kegemilangan itu
kemudian redup lalu seolah lenyap sama sekali? Menjawab pertanyaan ini tidaklah
sesederhana melontarkannya. Secara umum, faktor-faktor penyebab kematian sains
di dunia Islam dapat dikelompokkan menjadi dua, internal dan eksternal. Menurut Profesor Sabra (Harvard) dan
David King (Frankfurt), kemunduran itu dikarenakan pada masa terkemudian
kegiatan saintifik lebih diarahkan untuk memenuhi kebutuhan praktis agama.
Arithmetika dipelajari karena penting untuk menghitung pembagian harta warisan.
Astronomi dan geometri (atau lebih tepatnya trigonometri) diajarkan terutama
untuk membantu para muwaqqit menentukan arah kiblat dan menetapkan
jadwal shalat. Penjelasan semacam ini tidak terlalu tepat, sebab asas manfaat
ini acapkali justru berperan sebaliknya, menjadi faktor pemicu perkembangan dan
kemajuan sains.
Jawaban lain menyatakan bahwa oposisi kaum konservatif,
krisis ekonomi dan politik, serta keterasingan dan keterpinggiran sebagai tiga
faktor utama penyebab kematian sains di dunia Islam. Ini pendapat David
Lindberg (1992). Menurutnya, sains dan saintis pada masa itu seringkali
ditentang dan disudutkan. Ia menunjuk kasus pembakaran buku-buku sains dan
filsafat yang terjadi antara lain di Cordoba. Tak dapat dipungkiri bahwa krisis
ekonomi dan kekacauan politik amat berpengaruh terhadap perkembangan sains.
Konflik berkepanjangan disertai perang saudara telah mengakibatkan
disintegrasi, krisis militer dan hancurnya ekonomi. Padahal, kata Lindberg, a
flourishing scientific enterprise requires peace, prosperity, and patronage.
Tiga pilar ini mulai absen di dunia Islam menjelang abad ke-13 Masehi. Semua
ini diperparah dengan datangnya serangan tentara Salib, pembantaian riconquista
di Spanyol, dan invasi Mongol yang meluluh-lantakkan Baghdad pada 1258. Tidak
sedikit perpustakaan dan berbagai fasilitas riset dan pendidikan porak-poranda.
Ekonomi pun lumpuh dan, sebagai akibatnya, sains berjalan tertatih-tatih.
Faktor ketiga yang ditunjuk Lindberg biasa disebut ‘marginality
thesis’. Sains di dunia Islam tidak bisa maju karena konon selalu
dipinggirkan atau dianak-tirikan. Akibatnya, sains tidak pernah secara resmi
diakui sebagai salah satu mata pelajaran atau bidang studi tersendiri.
Pengajaran sains hanya bisa dilakukan dengan cara ‘nebeng’ atau diselipkan
bersama subjek lainnya. Seberapa jauh kebenaran tesis ini masih terbuka untuk
diperdebatkan. Pada level yang lebih tinggi, hal ini berimplikasi pada riset
dan pengembangan. Konon para saintis saat itu banyak yang bekerja
sendiri-sendiri, di laboratorium milik pribadi, meskipun disponsori dan
dilindungi oleh patronnya. Namun demikian tidak ada lembaga khusus yang
menampung mereka. Kesimpulan semacam ini agak problematik. Pertama, karena
mencerminkan generalisasi yang tergesa-gesa dan, kedua, karena
institutionalisasi tidak selalu berdampak positif tetapi bisa juga berakibat
sebaliknya.
Selain itu, beberapa faktor internal seperti kelemahan
metodologi, kurangnya matematisasi, langkanya imajinasi teoritis, dan jarangnya
eksperimentasi, juga dianggap sebagai penyebab stagnasi sains di dunia Islam.
Pendapat ini disanggah oleh Toby Huff. Menurutnya, mengapa di dunia Islam yang
terjadi justru kejumudan dan bukan revolusi sains lebih disebabkan oleh masalah
sosial budaya ketimbang oleh hal-hal tersebut diatas. Buktinya, Copernicus pun
didapati menggunakan model dan instrumen yang didesain oleh at-Tusi. Tradisi
saintifik Islam, tegas Huff, juga terbukti cukup kaya dengan pelbagai teknik
eksperimen dalam bidang astronomi, optik maupun kedokteran. Oleh karena itu
Huff lebih cenderung menyalahkan iklim sosial-kultural-politik saat itu yang
dianggapnya gagal menumbuhkan semangat universalisme dan otonomi kelembagaan di
satu sisi, dan membiarkan partikularisme serta elitisme tumbuh berkembang-biak.
Di sisi lain, Huff menilai tidak terdapatnya skeptisisme yang terorganisir dan
dedikasi murni turut mempengaruhi perkembangan sains di dunia Islam.
Ada juga klaim yang menghubungkan kemunduran sains dengan
sufisme. Memang benar, seiring dengan kemajuan peradaban Islam saat itu, muncul
berbagai gerakan moral spiritual yang dipelopori oleh kaum sufi. Intinya adalah
penyucian jiwa dan pembinaan diri secara lebih intensif dan terencana. Pada
perkembangannya, gerakan-gerakan tersebut kemudian mengkristal jadi tarekat-tarekat
dengan pengikut yang kebanyakannya orang awam. Popularisasi tasawuf inilah yang
bertanggung-jawab melahirkan sufi-sufi palsu (pseudo-sufis) dan
menumbuhkan sikap irrasional dikalangan masyarakat. Tidak sedikit dari mereka
yang lebih tertarik pada aspek-aspek mistik supernatural seperti keramat,
kesaktian, dan sebagainya ketimbang pada aspek ritual dan moralnya. Obsesi
untuk memperoleh kesaktian dan kegandrungan pada hal-hal tersebut pada
gilirannya menyuburkan berbagai bentuk bid’ah, takhayyul dan khurafat.
Akibatnya yang berkembang bukan sains, tetapi ilmu sihir, pedukunan dan aneka
pseudo-sains seperti astrologi, primbon, dan perjimatan. Jadi lebih tepat jika
dikatakan bahwa kemunduran sains disebabkan oleh praktek-praktek semacam ini,
dan bukan oleh ajaran tasawuf.
Jihad-Sains
Umat Islam mesti banyak berbenah dalam mengejar segala ketertinggalannya dari Barat. Ada beberapa upaya jihad-sains yang harus dilakukan umat Islam untuk memutar kembali roda sejarah ke arah kegemilangan sains Islam.
Umat Islam mesti banyak berbenah dalam mengejar segala ketertinggalannya dari Barat. Ada beberapa upaya jihad-sains yang harus dilakukan umat Islam untuk memutar kembali roda sejarah ke arah kegemilangan sains Islam.
Pertama, meningkatkan pendidikan
sains-teknologi di setiap lembaga pendidikan Islam. Banyak sekolah dan
universitas milik umat Islam yang sedikit sekali mengenalkan sains-teknologi.
Mereka lebih fokus pada ilmu-ilmu keislaman. Tak satu pun negara Muslim yang
memiliki universitas atau pusat riset pengembangan sains-teknologi yang
berkelas dunia. Seiring dengan itu, kemampuan berbahasa Inggris juga harus
ditingkatkan dengan serius. Saat ini, banyak umat Islam yang mengalami kendala
bahasa dalam mengakses literatur sains yang sekitar 80 persen tersimpan dalam
bahasa Inggris.
Kedua, menggalakkan penelitian. Sangat
disayangkan banyaknya sarjana Muslim penyandang gelar Ph.D dari universitas
terkenal Barat yang menjauh dari kegiatan penelitian dan memilih menjadi birokrat.
Nature, jurnal ilmiah sangat bergengsi di dunia, mengatakan bahwa prestasi
ilmiah negara-negara Organisasi Konferensi Islam (OKI) sangat jauh terbelakang.
Science Citation Index dan Social Sciences Citation Index mencatat jumlah
rata-rata publikasi ilmiah 47 negara-negara OKI yang disurvei hanya 13 per satu
juta penduduk, sementara rata-rata dunia untuk indeks ini ialah 137. Lebih
parah lagi, dari 28 negara dengan produktivitas artikel ilmiah terendah,
separuhnya adalah anggota OKI. Gabungan 20 negara Arab hanya menyumbang 0,55
persen dari total karya ilmiah dunia, sementara Israel 0,89 persen, Jerman 7,1
persen, Inggris 7,9 persen, Jepang 8,2 persen dan Amerika 30,8 persen.
Ketiga, memberikan
ruang-nafas yang cukup bagi pengembangan sains. Pemahaman yang rigid terhadap
al-Qur’an dan Islam secara umum dapat berdampak besar pada kran kebebasan
berpikir. Kehilangan kelenturan dalam memahami Islam ini bisa berakibat fatal
dengan menganggap bahwa sains sebagai produk budaya Barat yang tidak Islami.
Kemajuan bioteknologi seperti genetic engineering, transplantation dan cloning
yang sering buru-buru divonis tidak Islami tanpa memahami sisi sainsnya lebih
mendalam merupakan produk rigiditas ini.
Kesimpulan
Kemunduran sains Islam
jelas di awali dengan kehilangan spirit sains Islam itu sendiri. Para ilmuwan
terkemuka zaman keemasan Islam senantiasa mengaitkan setiap aktifitas ilmiahnya
dengan ajaran Islam. Mereka mendalami sains tidak semata-mata untuk menjadi
saintis, tetapi menjadi hamba Allah yang menjalankan tugas kehambaannya dengan
baik. Spirit seperti ini tidak hanya hilang dari saintis, tapi banyak pihak
yang terkait dengan kebijakan sains, terutama pemerintah.
REVOLUSI SAINS MUSLIM